Rumah tamu atau guest house adalah sejenis penginapan. Di beberapa tempat, rumah tamu juga dipanggil “tempat tidur”, “asrama”, atau “penginapan”, sementara di tempat lain seperti di Caribbean, rumah tetamu adalah merupakan sejenis penginapan seperti hotel yang murah.
Di tempat yang lain pula, rumah tamu adalah rumah peribadi yang telah ditukar untuk kegunaan eksklusif penginapan tetamu. Pemilik biasanya tinggal di rumah yang sama sekali terasing daripada rumah tamu tersebut. Rumah tamu merupakan satu bentuk penginapan perniagaan.
Di beberapa tempat lain, rumah tamu adalah sejenis penginapan yang tersedia untuk para pengunjung yang tidak mempunyai saudara-mara tempatan untuk tinggal bersama.
Definisi Homestay
Homestay adalah gabungan perkataan Bahasa Inggeris iaitu home dan stay. Dalam Bahasa Inggeris perkataan home membawa maksud rumah manakala stay bererti tinggal.
Melalui konsep homestay ini, pelancong akan tinggal bersama keluarga tuan rumah yang dipilih dan seterusnya berpeluang mengecapi cara hidup seharian keluarga berkenaan serta kebudayaan Malaysia secara langsung.
Konsep Program Tinggal Bersama adalah satu bentuk kemudahan tempat tinggal yang baru untuk pelancong dalam industri pelancongan negara Malaysia.
Program homestay berbeza konsep kemudahan penginapan sederhana yang lain di mana pelancong tidak tinggal bersama dengan keluarga.